My Playlist

Followers

Wednesday, September 1, 2010

Pesta Beras

30 Ogos 2008- Beras yang dibawa oleh sebuah treler telah jatuh ke atas jalan raya, berhampiran dengan kilang Perwaja Steel, Gurun petang ini. Lambakan beberapa tan beras itu telah menyebabkan kesesakan jalan raya hampir satu kilometer. Lambakan beras di atas jalan raya juga menarik ramai pengguna jalan raya untuk 'mengambil' beras tersebut. Keadaan tersebut seolah-olah mereka sedang berpesta, mengaut beras ke dalam bekas dan guni.


Aku tertanya-tanya, adakah kita boleh 'mengambil' hak orang lain?


Lihatlah aksi orang ramai yang mengambil beras-beras tersebut.....
 

No comments:

Post a Comment