Kes kedua berlaku di Pokok Sena, Kedah yang mana seorang pelajar Tahun Dua cedera parah di tapak tangan kanan dan hampir putus dua jarinya apabila mengutip mercun bola yang dicampak oleh rakannya tiba-tiba meletup. Kini, pelajar terbabit sedang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Kes ketiga pula berlaku di Kota Baharu, Kelantan yang mana seorang pelajar Tahun Dua cedera ringan di mata, muka dan tangan kirinya apabila mercun bola yang ditemuinya meletup. Mangsa dan adiknya cuba menyalakan mercun itu dengan mencampakkan ke dalam api yang telah dibakar dengan kertas menyebabkan mercun itu meletup dan serpihan bahangnya terkena mangsa.
Ketiga-tiga kejadian ini perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada kita supaya tidak membeli, tidak membakar dan tidak membiarkan anak-anak kita, saudara mara kita, atau jiran-jiran kita bermain mercun. Keseronokan bermain mercun hanya sedikit berbanding kesan buruk yang disebabkan oleh mercun.
Hari Raya tetap meriah tanpa mercun. Mercun mungkin punca kita bersedih pada hari lebaran nanti. Sama-samalah kita ambil pengajaran.

No comments:
Post a Comment