My Playlist

Followers

Thursday, September 16, 2010

FALSAFAH EID AL-FITRY :

1. Kalau Ramadhan membawa makna panas yang membakar. Ia dapat diartikan bulan Ramadhan sebagai bulan pembakaran dosa. Sungguh banyak hadis Nabi SAW yang menyebut tentang fadhilat atau kelebihan puasa dan qiyam Ramadhan sebagai penghapus dosa. Malahan terdapat hadis yang menyebut begitu berakhir Ramadhan maka kita bagaikan bayi yang baru dilahirkan ibu yakni suci dari dosa. Tentu saja ini hanya untuk mereka yang melakukan puasa dan qiyam atas dorongan IMANAN (imannya kepada Allah) dan IHTISABAN ( semata-mata mengharap ganjaran pahala dari Allah).

2. Eid Al-Fitry terdiri dari dua perkataan. Eid maknanya kembali sedangkan Al-Fitry pula membawa makna fitrah atau suci. Jadi ungkapan Eid Al-Fitry membawa makna Kembali Kepada Kesucian. Atas sebab itulah kita selalu mendengan ucapan : Minal 'Aaidin Wal Faaizin ( semoga kita termasuk ke dalam golongan yang kembali dan semoga kita termasuk ke dalam golongan yang berjaya ). Jadi siapa yang kembali kepada fitrah semula jadi maka dia layak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

3. Makna kembali kepada Fitrah yang paling utama adalah kembali kepada fitrah agama. Fitrah Agama pula ialah segala yang datan daripada Allah dan Rasul-Nya. Dengan kata lain asal usul agama Islam ialah segala yang datang dari Allah dan Rasul-Nya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Sebagai contoh : Fitrah aqidah ialah Tauhid bukan syirik ; Fitrah dalam ibadat ialah ikut Sunnah Rasulullah bukan bid'ah ; Fitrah dalam akhlak adalah adil bukan zalim, amanah bukan khianat, berkata benar bukan dusta dan lain-lain. Oleh itu, bereidulfitry dalam kontek AGAMA mestilah kembalikan ajaran agama Islam yang kita anuti kepada sumbernya yang asal iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. bukan hanya ikut-ikutan atau bertaklid secara membuta tuli dengan adat istiadat atau tradisi nenek moyang.

4. Syawwal maknanya irtafa'a ( up grade ) atau peningkatan. Maksudnya : Setelah umat Islam melalui latihan demi latihan dalam Madrasah Ramadhaniah ( Sekolah Ramadhan ) selama satu bulan dengan penuh disiplin. Siangnya berpuasa dan malamnya qiyam. Segala anggota dapat dikawal daripada melakukan maksiat maka sangatlah memungkinkan jika diri seseorang menjadi lebih baik dan akan meningkatlah syakhsiah (jadi dirinya) dalam bulan Syawwal. Itulah sebabnya setelah Ramadhan lalu disambut dengan Syawwal. Oleh itu, adalah sangat bercanggah jika jutsru memasuki Syawwal langsung merudum atau merosot agamanya.

5. Pengingkatan yang dimaksudkan dari perkataan Syawwal bukanlah terbatas kepada kwantiti amalan tetapi lebih kepada kontinyuiti atau kesinambungan amalan. Peningkatan dalam ibadat puasa maksudnya kita perlu meneruskan budaya itu pada bulan Syawwal walaupun hanya enam hari, bukanlah mesti lebih daripada 30 hari. Tahajuud tidak semestinya lebih daripada 23 rakaat atau 11 rakaat ; membaca Al-Quran tidak semestinya melebihi 30 juz setiap bulan. Maksudnya : Amalan yang baik yang kita biasakan dalam Ramadhan perlu diteruskan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Rasul SAW bersabda : Sesungguhnya Allah sangat menyukai amalan yang berkekalan walaupun ia dilakukan sedikit sedikit.

Ustaz Dr. Abdullah Yasin.

SZ: Us. Dr. Abdullah Yasin ialah jiran saya semasa tinggal di Kg. Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur sepuluh tahun yang lalu.

Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan.

                                            Oleh ANGELINA SIN YANG
                                                          
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
SZ: Al-Fatihah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum.
Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada saudara-mara, jiran-jiran di Bedong dan rakan-rakan, guru-guru yang mengenali saya. Teristimewa kepada 11 followers blog LuqmanAKAFirewolf, 29 facebook fans dan 7 followers NetworkBlog dan semua rakan blogger yang singgah di LuqmanAKAFirewolf .

Saya memohon maaf jika terdapat mana-mana entri saya yang menyinggung mana-mana pihak.

Salam Aidilfitri ikhlas daripada

Nur Luqman Hakimi Bin Ahnad Zamri.
(Penulis blog LuqamnAKAFirewolf)

Friday, September 10, 2010

Di Penghujung Ramadhan


Assalammualaikum.........


Sedar atau tidak kita kini telah berada di penghujung bulan Ramadhan. Hari ini 26 Ramadhan 1431. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita di bulan yang penuh dengan rahmat ini. Adakah kita sudah berpuas hati dengan amalan kita pada bulan puasa? Ramadhan sebenarnya bulan latihan sama ada dari segi fizikal atau spiritual. Apa yang kita dapat sepanjang berada di bulan Ramadhan, sepatutnya kita amalkan pada 11 bulan yang lain. Memang kita akan rasa gembira bila Syawal menjelma, tapi kita turut rasa sedih Ramadhan bakal meninggalkan kita. Apakah kita akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan?

Monday, September 6, 2010

Durian Belanda Penawar Kanser.


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Saturday, September 4, 2010

My Best Friend Forever

My BFF and His Brother
This is my best friend, his nama is Saiful Adli Husaini. Dia memang baik. Dia selalu belanja aq bila aq x ada duit untuk makan. Dia memang suka tolong org.

Foto kalimah ALLAH.



LAA ILAA HA ILLALLAH WRITEN IN BRANCHES



One brother on Germany wrote and sent this photo. "The branches clearly say in Arabic that- There is no god but Allah. This is said to be a scene on a piece of cultivated farmland in Germany. Many Germans have been said to have embraced Islam upon seeing this miraculous sight and that the German government put steel fences around the part of the farm to prevent people from visiting and witnessing this miraculous site"
 
 
Akan terlihat dengan jelas lafal "Allah" pada batu permata tersebut bila disinari dengan cahaya
 
 
 
 
Hasil foto satelit memperlihatkan riak-riak gelombang Tsunami di Sri Lanka mirip tulisan kaligrafi "Allah". (Foto: Globalsecurity. Org)



Yang terbaru adalah jilatan api saat terjadi ledakan di pipa gas milik Pertamina di lokasi lumpur Lapindo, jalan Tol Porong-Gempol KM 38 22 November 2006 lalu. Api yang membubung setinggi hampir 1 kilometer itu ternyata sempat membentuk lafal Allah dalam tulisan Arab beberapa saat. (Foto: Samuel Johnson)
 
 

Menara Jam Terbesar Dunia di Makkah


Jam terbesar di dunia telah berdetik di menara pencakar langit Makkah dan Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing.


Menara jam yang Makkah menjadi rujukan waktu standard dunia berbanding waktu meridian Greenwich dan juga dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) digunakan semenjak 126 tahun.

Waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia menurut ulama dan cendikiawan Islam.

Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini.


Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar. Dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED.

Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks beli-belah Turki berkenaan.

Turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijua yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun.

Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada minggu pertama Ramadan.

Hanya satu daripada empat muka jam berkenaan setakat ini siap dan diliputi 98 juta keping kaca jubin. AP

Friday, September 3, 2010

Lailatul Qadar


Tanda malam Qadar ialah :


1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHAN PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Zakat Fitrah

Salam Ramadhan..



Semoga ceria di pagi Jumaat ini.


Hari ini entri saya pasai Zakat Fitrah. Sudahkah anda menjelaskan zakat fitrah pada tahun ini? Kalau sudah, alhamdulillah. Kalau belum, jelaslah dengan kadar yang segera kerana Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. Dulu, di negara kita, zakat fitrah dibayar dengan menggunakan beras. Sekarang ini, wang digunakan sebagai ganti. Sekarang, pelbagai cara boleh digunakan untuk membayar zakat fitah. Antaranya ialah bertemu dengan amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri, membayar secara online dan yang terbaru melalui sms.


LH: Sekadar mengingatkan...

Thursday, September 2, 2010

Kura-Kura Unik




Mercun


Baru dua minggu kita berpuasa, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak secara tragis di Kuala Terengganu yang dipercayai berpunca daripada mercun. Khairil Arif, berusia enam tahun ditemui tersangkut di atas pokok dalam keadaan yang amat mengerikan setelah stor simpanan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga meletup.Dua lagi yang cedera dalam kejadian letupan itu ialah Mohd. Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29. Kedua-duanya dipercayai rakan kepada bapa kanak-kanak berkenaan. Semalam, bapa kanak-kanak malang tersebut telah ditahan polis dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.



Kes kedua berlaku di Pokok Sena, Kedah yang mana seorang pelajar Tahun Dua cedera parah di tapak tangan kanan dan hampir putus dua jarinya apabila mengutip mercun bola yang dicampak oleh rakannya tiba-tiba meletup. Kini, pelajar terbabit sedang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.


Kes ketiga pula berlaku di Kota Baharu, Kelantan yang mana seorang pelajar Tahun Dua cedera ringan di mata, muka dan tangan kirinya apabila mercun bola yang ditemuinya meletup. Mangsa dan adiknya cuba menyalakan mercun itu dengan mencampakkan ke dalam api yang telah dibakar dengan kertas menyebabkan mercun itu meletup dan serpihan bahangnya terkena mangsa.


Ketiga-tiga kejadian ini perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada kita supaya tidak membeli, tidak membakar dan tidak membiarkan anak-anak kita, saudara mara kita, atau jiran-jiran kita bermain mercun. Keseronokan bermain mercun hanya sedikit berbanding kesan buruk yang disebabkan oleh mercun.


Hari Raya tetap meriah tanpa mercun. Mercun mungkin punca kita bersedih pada hari lebaran nanti. Sama-samalah kita ambil pengajaran.

Pekan Rabu Alor Setar

                                                               Pekan Rabu (Baru)



Sejarah awal Pekan Rabu bermula di Tanjung Chali hasil kesedaran seorang Putera Diraja Kedah YTM Tunku Yaacob, beliau menubuhkan Pekan Minggu sebagai tempat petani dan peladang memasar dan menjual hasil keluaran mereka.

Pada awal April 1930 YTM Tunku Yaacob telah mengasaskan pasar mingguan disitu pada setiap hari rabu. Sempena hari kelahiran Tunku Yaacob pada hari rabu maka pasar minggu itu dinamakan Pekan Rabu yang khususnya dibuka pada tiap-tiap hari Rabu sahaja.


Tanjung Chali letaknya di persimpangan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal dibandar Alor Setar. Ia merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu dan tongkang yang keluar masuk memunggah barang dagangan dari dalam dan luar negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja.


Bangunan Pekan Rabu di Tanjung Chali itu pada asalnya merupakan bangunan terbuka yang panjang berbumbung atap nipah, bertiang kayu dan berlantaikan simen.

Antara barang yang dijual disitu ialah hasil perusahaan tangan orang Melayu ialah tudung,bakul dan tikar dari mengkuang, kain baju dan ubatan Melayu seperti minyak angin, makjun dan lain-lain. Barangan lain adalah hasil tanaman kampung dan ulaman dari daun-daun dan pucuk kayu, ubi, umbut dan buah-buahan.

                                                              Pekan Rabu (Lama)


Pada tahun 1932 Pekan Rabu telah dipindahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah ke Jalan Tunku Ibrahim diatas tapak yang lebih luas dan selesa.

LH: Dah lama saya tak pi ke Pekan Rabu. Macam-macam ada kat sana. Sapa-sapa nak beli pakaian, kuih-muih, barang kraftangan dan banyak lagi, bolehlah singgah kat Pekan Rabu Alor Setar.

Meneroka Gunung Berapi Bawah Laut

Gunung berapi di Indonesia yang berjajar dari barat ke timur terbentuk akibat subduksi plat lautan terhadap plat benua. Gunung berapi muncul di darat dan laut. Gunung-gunung api di bawah laut ditemui di utara Sabah dan Maluku, perairan timur Pulau Timor hingga Laut Banda.



Penemuan gunung bawah laut di perairan barat Sumatera kemungkinan terbentuk oleh proses yang berbeza. Citra seismik yang ditunjukkan berupa bentuk kon di perairan Mentawai, menurut Wahyoe S Hantoro, pakar geologi dari Pusat Penyelidikan Geoteknologi Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, kemungkinan adalah gunung lumpur yang terbentuk di batas pertemuan lempeng.Gunung ini tidak menunjukkan aktiviti gunung berapi. "Namun, bila ternyata dijumpai aktiviti gunung berapi di kawasan tersebut, ini merupakan suatu anomali," ujar Wahyoe.


Penemuan gunung api bawah laut di selatan wilayah perairan Indonesia pernah terjadi tahun 1998 ketika kajian geologi dan Geofisika marin di bawah koordinasi BPPT dan Jerman-dengan kapal penyelidikan milik Kerajaan Jerman, Sonne-termasuk struktur yang dipercayai bakal gunung api bawah laut yang baru. Lokasinya berhampiran Gunung Krakatau di Selat Sunda.


Selain itu, kajian tahun 1997 juga mengesan kandungan gas metan atau gas alam yang berpotensi di perairan selatan Jawa Barat dan Bengkulu.


Dari survei di daerah busur depan di dua lokasi tersebut, sumber gas alam diketahui berada sekitar 500 meter di bawah dasar laut.


Pemetaan struktur geologi bawah laut dari perairan di selatan Cilacap, Selat Sunda, hingga ke selatan Bengkulu, ujar Hantoro, untuk menyusun peta zonasi bahaya aktiviti tektonik di daerah itu.


Di wilayah itu, juga telah dikenalpasti terusan dari zon patahan Sumatera yang membelok di Selat Sunda, lalu terus ke selatan. Diketahui pula zon patahan Mentawai Penemuan penyelidik Indonesia dan Perancis.


Sementara itu, kajian yang dilakukan berbagai ekspedisi di antaranya oleh LIPI telah menemui gunung api yang aktif di bawah laut. Aktiviti gunung berapi antara lain ditunjukkan oleh asap hitam dan gelembung. Hal ini ditemui di barat Morotai, Maluku Utara. Pegunungan itu dijumpai berjajar dari utara Manado dan Sangir selain di Busur Banda yang membentang dari Laut Banda hingga Selat Alor di tenggara Indonesia.


Kajian gunung api di utara Manado hingga ke Sangihe, kata Ridwan Djamaluddin, Kepala Pusat Survei Kelautan BPPT, dilakukan Mei ini dengan Kapal Baruna Jaya IV. Ekspedisi ini merupakan kajian awal untuk penelitian lebih lanjut dengan kapal Okeanor milik NOAA tahun depan.


Banua Wuhu


Penemuan gunung api bawah laut tidak hanya oleh penyelidik dengan sarana lengkap, tetapi juga dapat dilihat oleh penduduk pesisir kerana lokasinya relatif mudah dijangkau.


Seperti diungkapkan penyelam alam Veldi dan Oku, awal Mei, mereka telah menemui gelembung-gelembung yang keluar dari celah tumpukan batu di titik kawah Banua Wuhu yang hampir 300 meter dari bibir Pulau Mahengetang di Kepulauan Sangihe, Sulawesi Utara.

Gelembung gas itu keluar tab buih-buih kecil yang berbaris-baris tanpa henti. Pada lokasi tempat gelembung keluar tak ada terumbu karang yang tumbuh walau penetrasi cahaya matahari bisa dibilang sangat cukup. Mungkin karena suhu air di lokasi tersebut cukup hangat, iaitu sekitar 37 darjah celsius-38 darjah celsius.


Bahkan, pada titik di Banua Wuhu terdapat sejumlah lubang yang mengeluarkan air yang panasnya, menurut penduduk tempatan, sanggup untuk mematangkan sebutir telur.


Akan tetapi, di wilayah sekitar titik gelembung keluar, jajahan terumbu karang hanya rapat.Pemandangan lembah dan perbukitan terbentuk dari formasi batu-batu dengan berbagai bentuk, mulai dari yang kecil hingga besar. Pemandangannya menjadi amat hebat.


Banua Wuhu yang berjarak 45 kilometer dari Gunung Awu di Pulau Sagihe Besar mempunyai ketinggian sekitar 400 meter dari dasar laut.


Puncak tempat gelembung keluar berada pada kedalaman lapan meter, tetapi pada saat air surut hanya sekitar 4 meter. Sejarah mencatat terbentuknya puncak sementara (ephemeral islands) yang muncul lalu menghilang.


Pada tahun 1835 muncul bukit setinggi 90 meter di atas permukaan laut yang kemudian runtuh menjadi bebatuan pada tahun 1848. Tahun 1889 tumbuh kembali dan pada 1894 mencapai tinggi 50 meter. Pulau hilang timbul ini kemudian muncul lagi pada 1919, lalu menghilang pada 1935.Mungkin dari situlah awal nama Banua Wuhu yang bermaksud dalam bahasa tempatan adalahbanua (pulau / dunia) wuhu (baru).


Sementara sejarah letusan yang paling awal tercatat terjadi 23-26 April 1835. Lalu, selanjutnya pada tahun 1889, 1895, 1904, 1918, dan 1919.


Letusan yang cukup hebat terjadi pada tahun 1989 dan 1919. Pada Julai 1989, letusan menghasilkan batu apung yang tersebar di permukaan laut sejauh mata memandang. Sebulan kemudian terdengar suara hebat disertai bau belerang yang kuat dan banyak ikan yang mabuk dan mati. Pada April 1919, letusan eksplosif dan lava disertai laut pasang mengiringi letupan hebat yang merosakkan pohon kelapa dan membakar rumah penduduk di pantai timur.


Pulau Mahengetang boleh dikatakan sebahagian daripada Banua Wuhu. Ini terlihat dari jenis tanah yang berpasir, berdebu, dan kecoklatan pada pulau yang luasnya kira-kira satu kilometer persegi.


Sumber: KOMPAS (Google Translate)

Bar Berbentuk Kaabah

KEPADA SEMUA,


TOLONG FORWARD, GILA ORANG AMERIKA INI, KITA BERDOA SEMOGA ALLAH MEMBALAS PERBUATAN MEREKA YG TELAH MENGHINA KA’BAH DAN AGAMA ISLAM KITA.





In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Goverment of USA to not open this BAR.



Please do Forward this mail to as many peoples as you can.
We need 2 wake up and 2 stand for the dignity of our RELIGION ISLAM!!
Together we can and we will I nshallah.

sumber http://borakkosong72.blogspot.com/2010/08/bina-bar-bentuk-kaabah.html

Apa tujuan sebenar mereka membina replika sebegini? Provokasi...dengan memprovokasi,umat Islam akan bertindak.Mereka akan mendapat 'point' untuk melebelkan Islam itu ganas.Inilah pemainan politik Yahudi dan cucu cicitnya dan mereka juga akan melebelkan setiap pejuang Islam itu sebagai pengganas.

LH: Macam-macam la, akhir zaman ini...

Babi Berbulu Biri-Biri.

Salam Ramadhan,


Hari ini saya ingin berkongsi info yang saya dapat daripada kotak email saya. Umat Islam perlu berhati-hati kerana sekarang telah wujud babi yang berbulu seperti biri-biri. Sekali lihat mungkin anda menyangka ianya biri-biri. Tapi kalau diamati betul-betul ia adalah babi iaitu binatang yang diharamkan kepada umat Islam. Menurut email itu, babi ini ialah Babi Mangalitsa yang berasal dari Austria dan Hungari. Jadi kita sebagai umat Islam perlu berhati-hati, mana tau bulu babi ini digunakan dalam produk-produk seperti baju, kasut dan sebagainya. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan Muslim.




LH: Babi-babi ni saya bagi nama BABIRI.

Wednesday, September 1, 2010

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
       ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

       Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

        al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

           Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

           ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Makruh Puasa

  1. Berkumur atau menggosok gigi selepas gelincir matahari.
  2. Bercakap kosong dan sia-sia atau perkataan yang kotor.
  3. Merasa makanan dengan lidah.
  4. Melihat gambar-gambar berunsur maksiat atau melihat pendedahan aurat.
  5. Berbekam.
  6. Mencium bau-bauan.
  7. Berbuka dengan memakan terlalu kenyang.

Sunat -Sunat Puasa

  1. Menyegerakan waktu berbuka.
  2. Berbuka dengan buah kurma, susu atau sesuatu yang manis.
  3. Melewatkan waktu makan sahur.
  4. Menjauhi perbuatan tercela dan perkataan yang sia-sia seperti berdusta, bergaduh, mengumpat, memfitnah dn mengaibkan orang lain.
  5. Mengerjakan solat Terawikh secara berjemaah pada waktu malamnya. 
  6. Bertadarus pada tiap-tiap malam Ramadhan. 
  7. Memperbanyakkan berdoa, berzikir, berselawat, beristiqfar di waktu malamnya. 
  8. Beri'ktikaf di masjid terutama pada waktu malam 10 yang akhir Ramadhan. 
  9. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin. 
  10. Menyediakan makanan untuk orang-orang yang hendak berbuka puasa.
  11. Mengawal diri daripada mengikut perasaan dan hawa nafsu.

PUASA DAN KEPENTINGANNYA DARI SUDUT KESIHATAN

Dalam Bahasa Arab puasa atau saum bermakna menahan diri daripada melakukan sesuatu. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, ?Maka katakanlah (wahai Maryam), sesungguhnya aku sudah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang maha pemurah. Maka aku tidak akan sekali-kali berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.? (Maryam: 26).
Apa yang dimaksudkan oleh Maryam disini ialah dia menahan dirinya daripada bercakap. Dari segi syarak, puasa beerti menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa sejak dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari dengan niat tertentu. Hal ini diingatkan di dalam Al-Quran, maksudnya: ?wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertakwa.? (Al-Baqarah: 183)

Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oeh umat manusia sebelum Islam. Ia adalah sejenis amalan yang umum (universal) dimana puasa merupakan ajaran semua agama , baik yang samawi seperti Yahudi dan Nasrani mahupun yang tabi?i seperti Hindu dan Budha. Perbezaannya terletak pada niatnya,sebabnya,serta cara perlaksanaannya. Ada yang berpuasa daripada memakan daging,telur,ikan susu dan sebagainya.

Namun semua situasi ini adalah jauh berbeza dengan puasa yang difardhukan ke atas umat Islam di mana puasa adalah satu ibadah yang tertera dalam Rukun Islam yang lima. Kita berpuasa bukan memperingati sesuatu peristiwa atau berpantang daripada satu-satu jenis makanan dan bukan pula kerana nazar yang tidak disyariatkan. Allah mensyariatkan puasa dengan tujuan untuk melatih hamba-Nya sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran maksudnya: ? Mudah-mudahan kamu bertakwa? (al-Baqarah: 183.) Demikian pula Allah telah memberikan ganjaran yang besar kepada umatnya yang berpuasa sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis Qudsi yang maksudnya : ? Setiap amalan Bani Adam itu adalah untuknya melaainkan puasa. Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang akan membalasnya?. (Abu Hurairah) Dalam hal ini Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan bahawa ?puasa sebenarnya adalah merupakan (komunikasi) rahsia diantara hamba dengan Tuhan-Nya.?

Kepentingan Puasa Dari Aspek Kesihatan:

Lumrahnya kita kurang faham tentang tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kepada kesihatan kerana terlalu biasa dengan cara tertentu yang menjadi budaya masyarakat. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun-temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa,malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.

Umumnya dalam keadana tidak berpuasa, banyak tenaga digunakan untuk proses menghadaman makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan ini berfungsi memproses bahan makanan untuk digunakan oleh sel dan badan. Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan is perlu dikeluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproses makanan yang diterima, proses buangan ini akan menjadi kurang efisyen.


Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpunya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak benpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses membakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala. Ini adalah kerana lemak dalam badan hanya menjadi tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbohidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadan tidak efisyen, lama-kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala. Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gejala gangguan kesihatan seperti lenguh-lenguh badan,cepat letih, mudah demam dan berbagai ?bagai penyakit lain.


Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan ) tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar.

Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain. Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar) Usus besar adalah organ utama badan. Organ perkumuhan lain adalah termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan, buag pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa berpuasa, usus besar dan buah pinggang harus dijaga dengan baik supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan penyaliran semula toksid ini ke saluran darah sebelum ia dapat keluar dari badan. Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa seperti :-

i. Sakit kepala ? ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.
ii. Lenguh-lenguh badan
iii. Lidah berdaki dan mulut berbau
iv. Kencing pekat dan berbau
v. Ceret-beret
vi. Letih lesu ? keadana ini berlaku diawal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharap tenaga daripada makanan luar. Maka gula didalam darah berada ditahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak yang mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan!

Berpuasa yang tidak berkesan untuk kesihatan.

Sebelum kita membincangkan cara-cara berpuasa yang berkesan, adalah kita memahami puasa yang tidak berkesan. Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya:

i. Makan terlalu banyak sama ada waktu sahur atau berbuka
ii. Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah untuk dihadam
iii. Memakan terlalu banyak daging terutama mereka yang menghidap batu karang, gout, allergi (alahan)
iv. Kerap makan sepanjang malam
v. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
vi. Tidur selepas makan (perut kenyang)
vii. Minum terlalu banyak kopi atau teh

Jika kita masih meneruskan amalan diatas, kita bukan sahaja kurang mendapat manfaat puasa,malah kita akan merasa letih dan juga mungkin juga akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat daripada amalan tersebut. Malangnya masih ramai orang yang berpuasa dengan cara sedemikian. Dr. Alan Cott menyatakan dalam bukunya ?Fasting: The Ultimate Diet?, ??Muslims fast religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night.?

Kenyataan ini tidak boleh dinafikan memang ada kebenaranya. Oleh itu kita harus berusaha untuk membaikinya agar berjaya mendapatkan manfaat sepenuhnya dari amalan puasa kerana puasa yang berjaya akan membuatkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, kuat dan sihat.

Puasa yang sihat

Kunci bagi kejayaan yang berkesan ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bershur. Oleh itu semasa berbuka, eloklah memakan makanan yang mudah di hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w memakan buah kurma (tamar) semasa berbuka adalah baik untuk kesihatan kerana tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi disamping mengandungi asid amino ? diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Jangan makan terlalu banyak. Malah sewaktu berpuasa kita sepatutnya merebut peluang untuk berjimat cermat khususnya dalam hal perbelanjaan iaitu dengan mengawal kuantiti pengambilan makanan atau minuman agar tidak berlaku pembaziran tetapi bersederhana sama ada ketika berbuka atau makan sahur. Jika banyak juadah yang dihidang dari aneka jenis dan rasa, sudah tentu sukar untuk kita mengawal apa yang sudah ada di depan mata. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan minuman dari bahan semulajadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Sebaliknya kita boleh menggunakan gula merah, madu lebah atau jus buah asli. Dalam hal ini, satu pertua yang baik diamalkan iaitu untuk mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang dicampur dengan bunga kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur semasa berbuka. Cuba elakakan daripada mengambil minuman berupa kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa. Kafein juga sebenarnya memberi rangsangan kepada perut menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan perut kita terasa pedih sehingga menyebabkan gastrik.

Kaedah puasa yang sihat juga adalah dengan mengurangkan memakan protein binatang semasa berbuka atau bersahur. Ini disebabkan protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah untuk dihadam. Ia juga adalah makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak lantaran keadaan ternakan dan cara ternakan yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, horman, antibiotik dan logam-logam berat, racun serangga dan sebagainya. Sebagai gantinya, banyakkanlah memakan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain Walaupun protein di dalam sayur tidak lengkap, ia dapat diatasi dengan mempelbagaikan sayuran dan mencapurkan jenis yang dimakan di mana ini akan melengkapkan diantara satu sama lain.

Kesimpulan

Imam Ghazali dalam Ihya ?Ulumuddinnya mengatakan bahawa bencana paling besar dalam kehidupan manusia adalah nafsu perut (kuat makan). Oleh itu janganlah sekali-kali kita merasa berat untuk ?berpuasa? apalagi puasa yang wajib di bulan Ramadhan kerana puasa itu hakikatnya bukan sahaja boleh membentuk rohani manusia menjadi individu yang baik dan taat bahkan dengan berpuasa itu sendiri mampu mengimbangi kesihatan tubuh badan dan persekitaran kehidupan manusia. Kehausan dan kelaparan yang diakibatkan oleh puasa akan mengingatkan kita kepada fakir miskin yang sering merasa haus dan lapar sehingga akan timbul perasaan belas kasihan di samping meningkatkan kepekaan sosial individu untuk bergaul mesra dengan masyarakat melalui aktiviti solat terawih berjemaah, menghadiri majlis berbuka puasa dan sebagainya.

Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang maksudnya:

Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.? (Ibn Majah)

Sumber:
http://www.islam.gov.my/ramadhan09/artikel1.php

Marhaban Ya Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Pesta Beras

30 Ogos 2008- Beras yang dibawa oleh sebuah treler telah jatuh ke atas jalan raya, berhampiran dengan kilang Perwaja Steel, Gurun petang ini. Lambakan beberapa tan beras itu telah menyebabkan kesesakan jalan raya hampir satu kilometer. Lambakan beras di atas jalan raya juga menarik ramai pengguna jalan raya untuk 'mengambil' beras tersebut. Keadaan tersebut seolah-olah mereka sedang berpesta, mengaut beras ke dalam bekas dan guni.


Aku tertanya-tanya, adakah kita boleh 'mengambil' hak orang lain?


Lihatlah aksi orang ramai yang mengambil beras-beras tersebut.....
 

Salam Kemerdekaan ke-53.

Tips Tingkatkan Trafik

Aku merayau-rayau mencari tips untuk meningkatkan trafik dan aku jumpa tips di bawah.
  • Waktu publish entry sangat penting. Waktu terbaik ialah pukul 12.00 tengah hari dan paling sedikit ialah 5.00 pagi (maybe bulan puasa different kot)
  • Entry biar KISS (keep it short and simple), sapa nak baca panjang2 kan
  • Jangan abaikan kuasa blogwalking
     
  • Tinggalkan link kat komen bukan sekadar tulis komen
     
  • Update regularly
     
  • Tulis topik yang semasa dan menarik perhatian
     
  • Kurangkan tulis singkatan perkataan kerana ianya tidak google friendly, contohnya gmbr tulis le gambar
     
  • Belajarlah sikit-sikit mengenai SEO, penting ni sebab kita boleh target visitors from search engine. Cuba google mengenai SEO dan ambil tips yang kita mudah faham tanpa edit html
     
  • SZ: Sama-samalah kita mengamalkan tips-tips ini...