My Playlist

Followers

Monday, October 3, 2011

Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi


TUAN MAT menceritakan mengenai mayat bayi yang dijumpainya kepada seorang pegawai polis di Kampung Kubang Kacang, Limbat, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.
Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.
Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.
“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.
“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Sunday, September 11, 2011

Blog Amat Berpengaruh.



KUALA LUMPUR - Pakar psikologi menyifatkan media baru adalah ‘rakan’ dalam membentuk identiti generasi kini. 

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, golongan ini mengambil dan menggunakan maklumat untuk membentuk identiti. 

Katanya, pengaruh ini dapat dilihat melalui kecenderungan dan minat terhadap sesuatu perkara. 

“Jika mereka berminat pada hiburan, mereka akan meniru gaya rambut, mencacah tatu, bertindik di telinga atau hidung. 

“Mereka akan mencedok bulat-bulat maklumat tersebut dan membenarkan budaya ala hedonisme yang kebaratan menjajah pemikiran tanpa menapis terlebih dahulu,” katanya. 

Beliau turut mengulas gerakan subversif juga boleh mempengaruhi pemikiran generasi muda sekiranya mereka dibimbing oleh kumpulan tertentu. 

Mariani berkata, ibu bapa dan guru-guru boleh memainkan peranan menjelaskan perkara yang sebenar supaya media baru tidak terus menjajah pemikiran golongan ini. 

Katanya, generasi muda juga tidak suka membaca buku sejarah untuk mengetahui fakta sebenar sebaliknya mencari blog kerana mudah dan bersifat santai. 

“Kini, Internet menjadi buku pilihan mereka dan perlu diingatkan kebanyakan isi kandungan sesuatu blog ditulis berdasarkan persepsi penulis serta tidak tepat. 

“Mereka percaya dan menelan apa yang ditulis dan ini membahayakan kerana mempercayai perkara yang tidak benar,” katanya. 

Bagi mengatasi masalah ini, beliau mencadangkan supaya satu jawatankuasa diwujudkan untuk memantau fakta-fakta yang disalurkan melalui media baru.

Credit to: Sinar harian online

Thursday, September 16, 2010

FALSAFAH EID AL-FITRY :

1. Kalau Ramadhan membawa makna panas yang membakar. Ia dapat diartikan bulan Ramadhan sebagai bulan pembakaran dosa. Sungguh banyak hadis Nabi SAW yang menyebut tentang fadhilat atau kelebihan puasa dan qiyam Ramadhan sebagai penghapus dosa. Malahan terdapat hadis yang menyebut begitu berakhir Ramadhan maka kita bagaikan bayi yang baru dilahirkan ibu yakni suci dari dosa. Tentu saja ini hanya untuk mereka yang melakukan puasa dan qiyam atas dorongan IMANAN (imannya kepada Allah) dan IHTISABAN ( semata-mata mengharap ganjaran pahala dari Allah).

2. Eid Al-Fitry terdiri dari dua perkataan. Eid maknanya kembali sedangkan Al-Fitry pula membawa makna fitrah atau suci. Jadi ungkapan Eid Al-Fitry membawa makna Kembali Kepada Kesucian. Atas sebab itulah kita selalu mendengan ucapan : Minal 'Aaidin Wal Faaizin ( semoga kita termasuk ke dalam golongan yang kembali dan semoga kita termasuk ke dalam golongan yang berjaya ). Jadi siapa yang kembali kepada fitrah semula jadi maka dia layak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

3. Makna kembali kepada Fitrah yang paling utama adalah kembali kepada fitrah agama. Fitrah Agama pula ialah segala yang datan daripada Allah dan Rasul-Nya. Dengan kata lain asal usul agama Islam ialah segala yang datang dari Allah dan Rasul-Nya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Sebagai contoh : Fitrah aqidah ialah Tauhid bukan syirik ; Fitrah dalam ibadat ialah ikut Sunnah Rasulullah bukan bid'ah ; Fitrah dalam akhlak adalah adil bukan zalim, amanah bukan khianat, berkata benar bukan dusta dan lain-lain. Oleh itu, bereidulfitry dalam kontek AGAMA mestilah kembalikan ajaran agama Islam yang kita anuti kepada sumbernya yang asal iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. bukan hanya ikut-ikutan atau bertaklid secara membuta tuli dengan adat istiadat atau tradisi nenek moyang.

4. Syawwal maknanya irtafa'a ( up grade ) atau peningkatan. Maksudnya : Setelah umat Islam melalui latihan demi latihan dalam Madrasah Ramadhaniah ( Sekolah Ramadhan ) selama satu bulan dengan penuh disiplin. Siangnya berpuasa dan malamnya qiyam. Segala anggota dapat dikawal daripada melakukan maksiat maka sangatlah memungkinkan jika diri seseorang menjadi lebih baik dan akan meningkatlah syakhsiah (jadi dirinya) dalam bulan Syawwal. Itulah sebabnya setelah Ramadhan lalu disambut dengan Syawwal. Oleh itu, adalah sangat bercanggah jika jutsru memasuki Syawwal langsung merudum atau merosot agamanya.

5. Pengingkatan yang dimaksudkan dari perkataan Syawwal bukanlah terbatas kepada kwantiti amalan tetapi lebih kepada kontinyuiti atau kesinambungan amalan. Peningkatan dalam ibadat puasa maksudnya kita perlu meneruskan budaya itu pada bulan Syawwal walaupun hanya enam hari, bukanlah mesti lebih daripada 30 hari. Tahajuud tidak semestinya lebih daripada 23 rakaat atau 11 rakaat ; membaca Al-Quran tidak semestinya melebihi 30 juz setiap bulan. Maksudnya : Amalan yang baik yang kita biasakan dalam Ramadhan perlu diteruskan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Rasul SAW bersabda : Sesungguhnya Allah sangat menyukai amalan yang berkekalan walaupun ia dilakukan sedikit sedikit.

Ustaz Dr. Abdullah Yasin.

SZ: Us. Dr. Abdullah Yasin ialah jiran saya semasa tinggal di Kg. Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur sepuluh tahun yang lalu.

Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan.

                                            Oleh ANGELINA SIN YANG
                                                          
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
SZ: Al-Fatihah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum.
Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada saudara-mara, jiran-jiran di Bedong dan rakan-rakan, guru-guru yang mengenali saya. Teristimewa kepada 11 followers blog LuqmanAKAFirewolf, 29 facebook fans dan 7 followers NetworkBlog dan semua rakan blogger yang singgah di LuqmanAKAFirewolf .

Saya memohon maaf jika terdapat mana-mana entri saya yang menyinggung mana-mana pihak.

Salam Aidilfitri ikhlas daripada

Nur Luqman Hakimi Bin Ahnad Zamri.
(Penulis blog LuqamnAKAFirewolf)

Friday, September 10, 2010

Di Penghujung Ramadhan


Assalammualaikum.........


Sedar atau tidak kita kini telah berada di penghujung bulan Ramadhan. Hari ini 26 Ramadhan 1431. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita di bulan yang penuh dengan rahmat ini. Adakah kita sudah berpuas hati dengan amalan kita pada bulan puasa? Ramadhan sebenarnya bulan latihan sama ada dari segi fizikal atau spiritual. Apa yang kita dapat sepanjang berada di bulan Ramadhan, sepatutnya kita amalkan pada 11 bulan yang lain. Memang kita akan rasa gembira bila Syawal menjelma, tapi kita turut rasa sedih Ramadhan bakal meninggalkan kita. Apakah kita akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan?

Monday, September 6, 2010

Durian Belanda Penawar Kanser.


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Saturday, September 4, 2010

My Best Friend Forever

My BFF and His Brother
This is my best friend, his nama is Saiful Adli Husaini. Dia memang baik. Dia selalu belanja aq bila aq x ada duit untuk makan. Dia memang suka tolong org.

Foto kalimah ALLAH.



LAA ILAA HA ILLALLAH WRITEN IN BRANCHES



One brother on Germany wrote and sent this photo. "The branches clearly say in Arabic that- There is no god but Allah. This is said to be a scene on a piece of cultivated farmland in Germany. Many Germans have been said to have embraced Islam upon seeing this miraculous sight and that the German government put steel fences around the part of the farm to prevent people from visiting and witnessing this miraculous site"
 
 
Akan terlihat dengan jelas lafal "Allah" pada batu permata tersebut bila disinari dengan cahaya
 
 
 
 
Hasil foto satelit memperlihatkan riak-riak gelombang Tsunami di Sri Lanka mirip tulisan kaligrafi "Allah". (Foto: Globalsecurity. Org)



Yang terbaru adalah jilatan api saat terjadi ledakan di pipa gas milik Pertamina di lokasi lumpur Lapindo, jalan Tol Porong-Gempol KM 38 22 November 2006 lalu. Api yang membubung setinggi hampir 1 kilometer itu ternyata sempat membentuk lafal Allah dalam tulisan Arab beberapa saat. (Foto: Samuel Johnson)
 
 

Menara Jam Terbesar Dunia di Makkah


Jam terbesar di dunia telah berdetik di menara pencakar langit Makkah dan Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing.


Menara jam yang Makkah menjadi rujukan waktu standard dunia berbanding waktu meridian Greenwich dan juga dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) digunakan semenjak 126 tahun.

Waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia menurut ulama dan cendikiawan Islam.

Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini.


Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar. Dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED.

Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks beli-belah Turki berkenaan.

Turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijua yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun.

Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada minggu pertama Ramadan.

Hanya satu daripada empat muka jam berkenaan setakat ini siap dan diliputi 98 juta keping kaca jubin. AP